Friday, 28 April 2017

Sakit Pinggang


Assalamualaikum hai..

Untuk entry kali ini


Sya mulai kenal osteomatrik smasa mengandung anak kedua.. macam biasa saya ni xsuka sgt minum mcm anmum n etc lagi sanggup telan capsule ke apa2..masa anak 1st saya beli pil calsium di farmasi..

Sejak kenal osteomatrik sya dh jatuh cinta yela harganya xmahal mampu milik la kan deng hrga rmxx dpt 120 biji.. dengan maanfaat pelbagai..blh tahan shgga 2bulan bergntung kpd jumlah pengambila dlm 1 hri..

Apabila kandungan mula menjengah 2nd trimester saya dh mulakan amek osteomatrik ni sbiji seblum tidur.. mmg berkesan sbb kdg2 mlm2 xboleh nk tidur lenguh2 kaki atau sengal badan telan jer osteo tup tup dah tertidur..

Bila kandungan masuk 3rd trimester sakit pinggang mula dtg mgkin sbb posisi duduk masa sharian kt ofis xbetul ditmbh pulak faktor berat bdn yg bertmbh..

Bila malam sakit sgt & rasa xleh tidur.. sya mula telah 2 biji osteo sblm tidur..alhmdulillah dpt kurangkan sakit n mcm sll mudah tidur..

Ad satu mlm kdg2 terlupa amek osteo masa mggu2 bulan terakhir tgh awl pagi kaki cramp kena simpul biawak..menangis gak..en suami la bngun tlg... lepas tu mmg make sure sblm tidur kena makan osteo..

Slps melahirkan..sakit pinggang tu datang& pergi..kadang2 kat ofis bila terasa sgt sakit pinggang tengah hari tu sya kunci pintu n baring dalam bilik..hehe sbaik mmg ad standby comforter kt blk...kalo smpai umah masih xrasa ok..saya amek osteo sblm tidur

Apa itu osteomatrik?



Osteomatrik ini bukan sekadar kalsium saja ia juga mengandungi :

-magnesium : membantu penyerapan kalsium yg lebih efficient & menguatkan tulang
-vitamin d : merangsang penyerapan kalsium
-copper, manganase & zink : mengaktifkan enzim yg membntu dlm kepadatan tulang



Sunday, 6 December 2015

Menang Header Dari Aisyah Nyais..

Assalamualaikum

Singgah Join GA.. Saja-saja suka2 untuk kenali ramai lagi blogger.. berminat boleh join dengan klik banner dibawah. Tarikh tutup pada 11 Disember. Selamat Mencuba



Tag2 3 rakan : yaya syamsiddhuha sue

assalamualaikum

Saturday, 5 December 2015

9 Makanan Berkhasiat Untuk Naikkan Platlet Darah

Assalamualaikum

Lanjutan entry sebelum berkaitan dengan jangkitan demam denggi.


Denggi cukup sinonim dengn penurunan kandungan platlet dalam darah secara mendadak. 


Berikut saya kongsikan 9 Jenis makanan yang berkhasiat dalam membantu menaikkan semula platlet darah serta pembentukan hemoglobin (untuk wanita mengandung)


1. Buah/Jus Delima





Delima ni kaya dengan kandungan zat besi. Zat besi ini penting dalam pembentukan hemoglobin dalam sel darah merah. Pengambilan jus delima/buah delima dapat membantu menaikkan bacaan platlet dan Hb dalam darah.



2.Susu









susu kaya dengan kalsium, vitamin K dan ptotein fibrinogen penting dalam pembekuan darah dan melancarkan peredaran darah..bagi yang xsuka minum susu boleh amalkan produk tenusu lain seperti keju, yogurt..



3.Makanan Yg kaya "Folate"















Folate atau Vitamin B9 penting dalam pembentukan sel-sel dalam badan. seorang dewasa memerlukan sekurang-kurangnya 400mg folate/day. Pengambilan makanan yg kaya folate seperti buah oren, bayam, asparagus, buah kiwi..sedkit sebanyak dalam membntu menaikkan semula platlet darah... 

4.Makanan Kaya Protein





"Lean protein" kaya dengan zink dan vitamin B12. Macam orang kita banyak amalkan sup ketam.. ketam antara yang kaya dengan protein membantu dlm peningkatan platlet dalam darah.



5. Jus Daun Betik Muda


Berkhasiat dalam membantu pembentukan sel-sel darah sekaligus membantu dalam menaikkan bacaan platlet darah.

6."Cod Liver Oil & Flax Seed Oil"


Minyak ini berfungsi dalam meningkatkan sistem imuniti badan dan melancarkan peredaran darah. kalo xjmpa boleh la try omega guard (minyak ikan jugak.)

7. Makanan kaya dengan Vitamin A

Vitamin A berkhasiat untuk pembentukan platlet yang sihat. Selain itu juga penting dalam membantu pembentukan protein dalam badan. Antara makanan kaya dengan vitamin A adalah lobak merah, labu..

8. Sayur-sayuran Hijau (Kaya Chlorophyl)

Chlorophyl penting dalam pembentukan hemoglobin darah dan pembentukan sel darah merah.

9. Makanan Kaya Vitamin K


Vitamin K membantu pembentukan sel-sel dalam badan secara optimum. Selain itu bagus juga untuk proses pembekuan darah.

Akhir sekali.. paling penting pastikan pengambilan air kosong yang banyak melebihi 3 L sehari.

Ok setakat ini sahaja.. harap bagi rakan-rakan yang mengalami masalah platlet rendah atau Hb rendah (wanita mengandung) boleh cuma amalkan makan-makanan dalam senarai di atas.


sekian..

assalamualaikum



Thursday, 3 December 2015

Denggi oh Denggi

Assalamualaikum

Alhmdulillah balik dr sabah tempoh hari selsema dah semakin berkurangan.. tapi anak saya yang sulong pula demam panas dah berlarutan hingga ke hari ke 4.. 

Trauma jugak sbb pernah kena denggi masa 2nd pregnncy masa kandungan ke 31 minggu.. warded 4 malam jugak la..

Denggi ni jangan amek mudah.. merbahaya sehingga boleh meragut nyawa..

demam denggi malaysia


DENGGI ni ada dua jenis iaitu denggi biasa dan denggi berdarah

DENGGI ni disebarkan oleh nyamuk aedes yang dijangkiti virus denggi.. hati-hati ini.. kena make sure kat rumah xde tpt2 takungan air.. untuk cegah pembiakan nyamuk aedes

DENGGI ni simptom2 mula kelihatan seawal hari ke 3.. macam saya demam panas waktu malam dan sakit badan berlarutan sehingga hari ke 3.. klinik refer amek darah hari 4 &5.. masa hri ke 5 baru dpt detect bacaan platlet darah menurun dari paras normal... terusla dpt surat rujuk bahagian kecemasan hosp..alhmdulillah masa tu saya dan kandungan selamat...

sepanjang saya kena denggi.. doktor galakkan saya minum air koson banyak.. asalnya kena drip air.. sbb saya dpt minum konsisten lebih 3L shri.. doktor buka drip tu..

saya pun ada cuba hirup sup ketam (ni xsuka...adehh) dan makan buah kiwi untuk naikkan semula platlet darah.. makanan lain untuk naikkan platlet darah boleh baca diSini

Sebelum kawan-kawan lain terkena baikla cegah dlu ye..




esk pagi nak bawa anak g amek darah harap2 bukan denggi.. 

baikla setakat ini sahaja perkongsian.. 

salam jumaat..

assalamualaikum

Wednesday, 2 December 2015

End Year Giveaway by Seindahcerita


Assalamualaikum

Ok kali nak cuba segmen ni pulak.. saja nak memeriahkan lagi segmen..

Bagi yang berminat boleh klik pada banner yer..

terima kasih


Monday, 30 November 2015

Kembara di Bumi Anbia Part 3 : Merentas Sempadan Bahasa

Assalamualaikum


Malam ni tiba-tiba saya terkenang asma' sahabat yang sya kenal masa di hari pertama di Madinah ..asma' merupakan org tempatan di madinah..walaupun perbezaan bahasa & negara..beliau ramah & sangat membantu sya disaat pertama kaki ingin menjejak ke taman syurga iaitu Raudah.. semoga asma' dan rakannya berada dalam keadaan sihat & sentiasa dilindungi 

Detik2 perkenalan sya adalah apabila sya  pertama kali ingin masuk ke raudah.. saya dijadual utk ke raudah bersama mutawif & kumpulan sya pada mlm tersebut..

Walaubagaimanapun hati rasa teruja & saya berasa sangat rugi kalo sya lepaskan peluang utk ke sna ptg ini..

Usai solat zohor di masjid nabawi sya sms husband bagi tau sya agak lmbt sbb sya cuba nk masuk ke raudah..sya maklumkan supaya suami tidak menunggu lama diluar.

Selepas selesai solat zohor saya lihat petugas wanita (kami pnggil polis arab).hehe..mulakan tugas memasang tali untuk membuat sempadan.. dimana sya difahamkan jemaah perlu menunggu giliran mengikut kumpulan negara..

Memandangkan itu merupakan kali pertama sya pun xpasti..saya cuma melihat je ramai jemaah wanita berpusu mengerumuni bebrpa pintu..sebelum ada sebahgiannya dihalau & diminta utk duduk dikwasan menunggu..

Saya ketika itu sedang berdiri berhampiran pintu masuk yg rmai org berpusu..kalo lihat dari segi pemakaian..rasanya situ kumpulann turki..masing berdiri tggu masa sahaja pintu dibuka untuk ke laluan menuju ke raudah..

Pada masa itu ad polis wanita perasan saya sbb cara pemakain sya xmengmbrkan group tersebut..sya disuruh pergi ke pintu sya xigt..tp rasanya utk jemaah tempatan..cnfuse kot polis tu sbb sya pakai serba hitam dari tudung hingga ke jubah..dh mcm org tempatan..muka pulak ada iras arab (cewahh perasan..haha)



Sya pun pun berlalu pergi tapi sya xtau nk tuju ke mana..kmdian sya nmpk asma' dan rakan2 masuk semula ke tempat tadi dan menyelinap perlahan & berselindung blkg jemaah turki masa polis tu sedang sibuk menghalau jemaah lain..sya pun ikut jejak mereka.. 

Bila polis tu dtg jemaah turki pu  turut bantu..heheh diorg sorokkan saya bawah selendang diorg..haha ni mmg kelakar..tapi baik hatikan diorg.. sempat la bertegur sapa..dlm bahasa ayam & itik..

Seterusnya asma & rakan2 pulak menegur sya..mereka ingat saya org tempatan..kan dah kata..hehe sbb tu polis arab tu cnfuse..

Bila tahu sya dr malaysia & saya seorang nmpk mcm terkapai..diorg pun pimpin la tgn saya masa dlm proses menyelinap masuk ke laluan raudah..

Ada masanya kami berlari2 anak..haha lupa diri la tu tgh mengandung..alhmdulillah dipertemukan dgn mereka..spnjg ke sna..mereka yg menunjuklan laluan kepada sya..

setiba di Raudah..

Saya sangat terkejut sbb orang ramai bersesak & berhimpit2 ..ada yg hmpir terjatuh & terpijak..

Asma' dan rakannya husna  sentiasa pegang tangan saya..ada skali sya hmpir terjtuh sbb kena tolak..sbaik mereka tarik..kalo x..abisla kena pijak..

Pertama kali saya masuk mereka menunjukkan makam2 para sahabt.. mereka ad bercerita sdikit sbanyak..tapi nmpk riak wajah mereka sayu & sedih bila dpt menjejakkan kaki disitu..tiba  dibahagian depan raudah..mereka berdua mengepung kiri kanan sya macam body guard.. mereka membuat isyarat tangan memberi ruang sya bersolat sunat..

Baru sya tahu kalo xbuat mcm tu..keadaan berhimpit2 kalo xde yg jaga..nnti takut kepala kita kena pijak masa sujud atau kena tolak dari depan atau blkg masa solat..

Kemudian kami bergilir2..

Syukur sgt didatangkan dua sahabat ini utk membntu saya spnjg sya disna..kemdian slesai solat sunat disna..kami kuar utk memberi laluan kpd jemaah lain..diluar raudah sblm membawa haluan masing2..kami bersalaman & berpelukan..

Ya allah xsangka pertemuan sesingkat itu masih terkesan hingga ke hariini..

Walaupun berbeza warna kulit..bahasa..tetapi islam yang menyatukan kami.. bersyukur sgt spnjg sya disana sntiasa diprmudahkan..

pada malam tersebut saya mengikut kumpulan saya untuk memasuki raudah.. walaupun terpaksa menunggu lama tetapi rasa puas hati kerana mendapat peluang agak lama berada di raudah dalam keadaan agak selesa daripada petang tadi..

Bersyukur walaupun tempoh masa berada di Madinah agak singkat saya diberikan peluang untuk menjejakkan kaki kesana.

semoga rakan-rakan saya lain juga dimurahkan rezeki untuk menjejakikan kaki ke tanah haram..

Assalamualaikum..

Bersambung selepas in.. hehe



Segmen Blog walking Bersama Iffah Nadiah






Assalamualaikum

Ok kali ni 1st time nak try segmen blog walking ni..





Jom ramai join.. hehe.. salam perkenalan.

Tarikh tutup 12 Disember .. Boleh klik banner di atas..

Selamat mencuba

Assalamualaikum


Saturday, 28 November 2015

Jom Sihat & Kurus

Assalamualaikum

Hari ini saya berkongsi bagaiman saya berjaya menurunkan berat badan dengan mengawal pengambilan kalori dalam satu hari dengan menggunakan myfitnesspal.



Saya mengenali apps ni semasa saya sedang dalam tempoh berpantang & sedang mencari penyelesaian kepada penurunan berat badan.

Setelah download apps ini di https://www.myfitnesspal.com/ saya mula menetapkan sasaran penurunan berat badan. Apss ini akan tolong kirakan berapa kalori yang sesuai sehri mengguna maklumat yang kita isi semasa sign up.

Macam saya kalori yang dtetapkan 1200 sehari. Sekarang saya dah jarang buka apss ni sbb saya dah dapat agk menu2 yg sihat dan berkalori rendah.


a
Untuk mulakan pengiraan kalori untuk hari permulaan, kita perlu klik pada perkataan food seperti gambar di atas. Setiap kali menu telah dipilih jumlah pengambilan kalori untuk satu hari akan dikemaskini. 

Kemudian, boleh masukkan menu mengikut kategori iaitu breakfast, lunch, dinner atau snack. Klik button +add food


Kemudian boleh pilih menu ikut recent (kalau dah biasa guna & ada history) atau kena search. Banyak jugak menu-menu untuk makanan asia ni..

Selain itu, sekiranya kita ada melakukan exercise pada hari tersebut kita boleh masukkan maklumat dengan klik pada ruangan exercise (gambar pertama)

Sepanjang mengamalkannya saya banyak memilih menu yang sihat kerana kalorinya lebih rendah.. saya tak perlu skip mana meal.. cumanya perlu kawal pengambilan kalori sebagai contoh sekiranya pagi & tengahri dah ambil banyak kalori saya kurangkan pengambilan kalori waktu petang & malam.

Macam sekarang setelah mencapai berat yg saya idamkan.. saya cuma maintain pengambilan kalori untuk weekday.. masa weeekend makan mewah hehe..

Saya juga amalkan Omega Guard setiap kali amek heavy meal.

Ok setakat ini sahaja.. Assalamualaikum